Hebahan Maklumat
Agihan BR1M 3.0 2014 |
Alhamdulilah, dan tahniah. Kebanyakan penerima BR1M 2014 yang layak telah pun menerima bantuan duit mereka pada 21 dan 22 Febuari 2014 yang lepas. BR1M 3.0 telah di masukkan melalui akuan bank yang didaftarkan dan dikemaskinikan baru-baru ini. Tapi pagi ini, bila saya pergi kemana-mana, masih ramai lagi yang tertanya-tanya, kenapa saya dapat RM450 sahaja? sedangkan tahun lepas saya dapat RM500. kenapa saya tak layak terima RM650?
Rase nya dah banyak kali dimainkan di media elektronik mahu pun di dalam akhbar tentang ini, mungkin mereka terlalu teruja mahu menerima bantuan sampaikan terlupa apa kriteria atau ketegori yang layak menerima bantuan BR1M. Agihan BR1M 2014 boleh dirujuk melalui gambar diatas.
Lagi satu tambahan, BR1M tahun 2014 memperkenalkan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 kepada penerima isi rumah BR1M dengan nilai perlindungan minimum RM1,000 (kematian biasa) dan maksimum RM30,000 sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal.
Untuk Keterangan lanjut boleh menghubungi
talian hotline 1-800-88-2716
atau layari laman web
Tag :
Berita
19 Comments for "Agihan BRIM 2014 "
tahniah kepada yang berjaya dapat, saya tak layak...hua hua hua... gunakanlah dengan sebaiknya...
saya pon tertanya2..sebab tak dapat..walaupon tahu akan syarat-syaratnye tetap tertanya2..sebab kes tahun lepas yang tidak layak juga menerima, makanya teringin pula kali ini untuk memohon
Assalamualaikum.. alhamdullilah.. sheila dah dapat sabtu lepas.. syukur rezeki daripada Allah SWT...
Tahniah MC..tak pa janji dapat ya..rezeki jangan ditolak ya!!!
Alhamdulillah syukur... muga membantu mengurangkan beban yg ada, in shaa Allah...
sally dapat voucher buku la..hihihi :D
tahniah pada yang layak menerimanya....
alhamdulillah..dapat dah
alhamdulilah..tahniah.. :-)
ok la tu..alhamdulilah.. ringan sikit beban nak beli buku baru.. :-)
alhamdulilah, moga niat sebegitu diberkati.. :-)
manusia nie mcm2 kak, bila tak mensyukuri nikmat, mcm2 cerita terkeluar..
cer kak mar berhubung terus dgn pihak LHDN.. deme boleh membantu jika akak layak..ok.. :-)
waalaikumusalam.. alhamdulilah, tahniah, gunakan dgn sebaik mungkin ok.. ;-)
saya dapat baucer buku je...
Heee qila tak dapat lagi sbb 18 T_T ughhh hihihihi tunggu next year lah hiks
Permohonan sy di luluskan tp ari ni dh 25hb masih xdpt2 lg.....npe ye
Alhamdulillah bagus la dapat.. kita eblum dapat lagi :D
Tahniah kepada yang menerima.