Diantara keyword search yang dicari pembaca di dalam blog Mycherita adalah Biodata Imam Syafie. Bagi memperbanyakkan lagi info tentang carian ini melalui blog ini, saya ingin berkongsi beberapa ilmu / pesanan / tazkirah yang diwasiat oleh Imam Syafie. Berikut adalah sebahagian dari nya.
- Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
- Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
Semoga perkongsian ini dapat memberi manafaat kepada anda. Amin.
Sumber : Klik Sini : Buku : Imam Syafie - Pejuang Kebenaran ( Abdul Latip Talib )
Tag :
agama
24 Comments for "Pesanan Imam Syafie Untuk di Jadikan Panduan"
Assalamualaikum.. alhamdullilah. entri yang berguna. terima kasih berkongsi ilmu...
terima kasih untuk perkongsian ni =)
Nice entry... :-)
manfaatkan perkongsian....t.kasih
suka pesanan yang berbakti untuk ibu tu...thanks share
perkongsian yg baikk..tq :)
great piece of sharing, sama2lah kita ingat mengingati...
Perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih.
thanks for sharing info yang sangat berguna nie bro...
Regards,
-Strider-
Alhamdulillah perkongsian yang baik MC..sama-sama kita gunakan untuk perbaiki diri...
nice sharing..ilmu yg bermanfaat.
walaikumussalam.. terima kasih ya sheila.. :-)
sama-sama yana.. ^_^
terima kasih kak maria.. :-)
sama-sama.. ^_^
alhamdulilah.. itu yg saya mahu Highlight kan..sama-sama.. :-)
your welcome.. :-)
alhamdulilah.. lagi nice kalau kita sama2 share benda yang baik ini... sama-sma dapat manafaat nya.. ^_^
sama-sama :-)
sama-sama bro ^_^
bkn shj utk org lain..utk diri saya sendiri.. alhamdulilah.. terima kasih kak rauzdah.. :-)
thank you.. :-)
info yang sangat berguna pada kita umat islam,,.,
Subhanallah.. t kasih diatas perkongsian yg bermanfaat ini MC..