Doa Untuk Gaza


Selamatkan bumi palestine

Ya Allah, Sesungguhnya kami bermohon kepada pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami meminta petunjuk kepada Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu.

Ya Allah, Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara kami dimana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, Selamatkan lah saudara seislam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarilah mereka dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarikannya melainkan engkau Ya Allah.

Ya Allah, Sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung Ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami bermohon kepada Mu, turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada saudara seislam ku di bumi palastine, Hancurkan lah rejim zionis Ya Allah, Kalahkan lah mereka, dan menangkan kami keatas mereka.. Amin

Selamatkan Bumi Palestine

Kongsikan bersama-sama melalui button dibawah

Share/Bookmark
Tag : agama islam
16 Comments for "Doa Untuk Gaza"

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top