Ikan hiasan Aquascape

Ada peminat aquascape yang ingin kan akuarium mereka di diami pelbagai spesis ikan dan udang. Ada pelbagai jenis ikan yang ada dipasaran boleh di letakan didalam akuarium aquascape. Hari ini saya ingin share sedikit info tentang beberapa jenis ikan yang selalu menjadi pilihan bagi peminat aquascape.

Neon tetra fish tank aquascape
Tetra

  • Tetra

Tetra adalah antara ikan yang paling biasa dijadikan hiasan di dalam projek aquascape. Ianya sangat sesuai kerana saiz kecil dimana ianya bagus untuk membolahkan mereka berenang di setiap sudut tangki, dan mempunyai pelbagai corak warna sangat menarik. Ikan tetra mudah untuk menjaga dan boleh ditempatkan dengan hampir mana-mana lain spesis bukan agresif.

Betta fish tank aquascape
Betta Fish
Betta fish tank aquascape



  • Betta

Splendens Betta atau lebih dikenali sebagai "betta" atau "ikan laga Siam" adalah spesis ikan popular untuk akuarium aquascape. Ianya sangat menarik kerana warna-warna terang mereka, personaliti dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Discus fish tank aquascape
Discus Fish
Discus fish tank aquascape



  • Discus

Pasti ramai yang tertarik dengan ikan discus yang cantik dan berwarna-warni. Ianya kelihatan seperti ikan di dasar laut, tetepi hakikatnya ianya adalah spesis ikan air tawar. Akan tetapi ikan ini memerlukan tahap penjagaan yang lebih rapi dengan spesis ikan lain. Sebagai contoh, ianya memerlukan penjagaan kualiti Ph air yang betul, suhu air yang sesuai, makanan yang betul. Ikan ini  boleh ditempatkan sekali dengan hampir mana-mana ikan yang lain selagi tahap penjagaan nya di jaga dengan rapi.

Red Cherry Shrimp tank aquascape
Red Cherry Shrimp


  • Red Cherry Shrimp

Red Cherry shrimp (Udang Merah Cherry) adalah baka udang dikenali sebagai Neocaridinarcs shrimp denticulata sinensis. Udang ini ada dalam pelbagai warna yang berbeza tetapi warna merah adalah yang paling popular kerana cara ia menonjol. Red Cherry shrimp amat tahan lasak berbanding dengan mana-mana spesis udang yang lain.

Crystal Red Shrimp tank aquascape
Crystal Red Shrimp
Crystal Red Shrimp tank aquascape


  • Crystal Red Shrimp

Crystal Red Shrimp ( Udang Crystal Merah ) adalah spesis udang yang cerewet untuk dijaga. Struktur warnanya amat menarik sekali. Udang ini memerlukan kualiti air yang sempurna dan sangat cerewet. Akan tetapi ramai yang sanggup untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan akuarium aquascape mereka kelihatan cantik.

5 Comments for "Ikan hiasan Aquascape"

subhanaallahh,mmg cantik..ada yg panggil ikan peacock or ikan gapi..

Cantik2 semuanya, warna warni lagi.....;-)

Suka jugak nak membela ni dalam tank nie.. tapi dah banyak kali asyik mati jer tak tahu kenapa huhuu.. cantik cantik jugak la :D

Ishmah suka dengan tetra! :)

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top