Kata kata Nasihat
Salam Ukhwah semua, hari ini saya tertarik dengan gambar yang saya dapat dari facebook dan ingin share kata kata dari Ustaz Kazim Elias.
"..Jagalah kata kata, tulisan kita dan sebagainya. Jangan sampai dapat dosa, rugi, sia-sia, buat amalan pun buta je. Ingat senang ke nak minta maaf???.."
Mungkin sedar atau tidak sedar kita ada membuat orang lain rasa tersinggung atau rase terkilan dengan perbuatan kita. Kita juga mungkin tidak sedar yang kita ada membuat kesilapan dengan orang yang kita paling rapat. Pada realiti nya, perkataan maaf itu bukan lah sukar untuk kita ucapkan, tetapi ianya amat sukar untuk dipratikkan. Amalan maaf dan memaafkan sebenarnya merupakan amalan yang dituntut kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesilapan, tanpa mengira darjat dan pangkat.
Jika ibu bapa sekalipun ada melakukan kesilapan kepada anak-anak, maka amat wajar untuk mereka meminta maaf. Apatah lagi jika sebaliknya. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menjadikan amalan maaf dan memaafkan ini satu amalan harian kita kerana kita tidak tahu bila kita pergi buat selamanya.
Jika ibu bapa sekalipun ada melakukan kesilapan kepada anak-anak, maka amat wajar untuk mereka meminta maaf. Apatah lagi jika sebaliknya. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menjadikan amalan maaf dan memaafkan ini satu amalan harian kita kerana kita tidak tahu bila kita pergi buat selamanya.
13 Comments for "Ingat Senang ke nak minta maaf..??"
thanks for sharing bro..kekadang setiap kali kita meminta maaf, belum tentu orang tu memaafkan kita..
Regards,
-Strider-
T kasih atas peringatan MC.. maaf sekitanya ada kesilapan & kesalahan sepanjang persahabatan maya ini. Semoga bersama2 beroleh kebaikan & keberkatan... aamiin.. :)
betul tu, sokong sangat dengan entri ni, bukan senang nak minta maaf.... tulisan kita adalah apa yang kita akan dipertanggungjawabkan kemudian hari, tapi honestly lah ek, iolss nak cerita... ada seorang hamba Allah tu, si beliau tu, dia sesuka suki jer up entri tuduh orang tu tuduh orang ni... gamaknya tak ingat kot, kalau benda tu tak betul dia akan dipertanggungjawabkan...dok sibuk cakap dosa pahala orang...lepas tu.... diri sendiri tak cermin... benda tak ada pun diada2kan...haihhh... perhati jer... dan biarkan dia terus hanyut kalau itu yang boleh buatkan jiwa dia yang sakit dapat penawar... tapi tulah, ingat senang ke nak mintak maaf... sorry to say, setiap tulisan maya dia yang tak betol dan menuduh orang tanpa usul periksa dan tak tau hujung pangkal sesuatu tu secara dalam...memang payah kot...sebab tohmahan dia tu keji sangat... or might be dia fikir diri dia dah beriman dan suci sangat kot...walaupun sebenarnya cakap lain buat lain...
moga saya sentiasa jadi seorang yg pemaaf
hye..syira datang jenguk tuan blog..lama tak tegur..hehe
:) jemput singgah blog syira, akan ada GA APRIL hari ini..tunggu ^_^
Betul MC..kadang-kadang kita tak sedarkan..sebab tu kita sentiasa digalakkan memberi dan memohon kemaafan setiap hari. Especially bila kita menuliskan..mungkin ada yang terasa..maafkan lah kita ya!!
INTI untuk MC..
Assalammualaikum...mycherita,
sama2 lah kita bermaafan...walaupun memaafkan bukan senang.. kan.
mselim3
Assalamualaikum.. betul2.. kalau dapat jumpa dengan orang tu takpe juga nak mohon maaf. kalau tidak? hmm menjawab kat padang masyar nanti. singgah menabung libresse sini~~~
betullan kan,buat salah senang aje
nak minta maaf yang payah!
Dosa dgn Allah mudah nk minta ampun tapi kalau dgn manusia... Bkn mudah..
tiba2 je kan.... kak mia minta maaf ya...
Memang betul bagai dikata. Bukan mudah untuk meluahkan permohonan maaf itu. Adakalanya rasa ego yang menebalkan menghalang kita dari bersikap memaafkan ...