Nama
sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin
Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul
Manaf.
Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.
Beliau
dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang
mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam
Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar
al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara.
Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan
kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak
tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.
Imam
Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal
Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10
tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar
biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia
15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.
Sebelum
melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari
perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh
bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu
menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya
juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang
yang keluar dari perut isterinya.
Imam
Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang
diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang
keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak
menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam
Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3
orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan
Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah
ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari
dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.
Imam
Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun
kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka
dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan
ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan
dari Quran dan hadis”. Beliau juga berpesan : “Tiap-tiap perkara yang
saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya,
Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti”
NOTE:
( Ramai yang tidak mencatatkan nama mursyid tarbiah ruhani bagi Imam
As-Syafie kerana nak menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan ilmu
fiqah dgn tasauf, guru beliau dalam bidang ini ialah Syuhbban Ar-Raie
& Abu Hamzah As-Sufi. Untuk ma'aluman, ketiga-tiga Imam Mujtahid
punyai mursyid dlm ilmu tarbiah ruhani.
Imam
Abu Hanifah gurunya Imam Jaafar Shodiq. Imam Malik pula gurunya Imam
Musa Kadzim & Maaruf Al-Khurki manakala bagi Imam Ahmad pula gurunya
ialah Abu Hamzah As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua Imam-imam agung
dari ke empat mazhab ada guru khusus mereka dalam tasawuf...hanya orang
orang yg bodoh sahaja menganggap Tasawuf & Tarbiah Ruhani berasal
dari Hindu-Buddha. ALLAHU ALIM! )
Antara pujian atau pandangan ulamak-ulamak lain kepada Imam Syafie ialah:
Imam Malik bekas gurunya pernah berkata:
“Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai daripada Imam Syafie”
Imam Ahmad Bin Hambal berkata:
“Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh.”
Beliau juga berkata:
“Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie”.
Kata Imam Ahmad lagi:
“setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie”
Imam Muhammad al-Hakam berkata:
“Saya
belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui, cerdik akalnya,lebih
cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,lebih fasih lidahnya daripada
Imam Syafie”.
Beliau berkata lagi:
“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul Fiqah selain dari Imam Syafie”
Menyelusuri
perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik
sekali.Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada
riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya
lagi. Gurunya yang pertama secara tidak formal ialah ibunya sendiri.
Ibunya mengajar beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran. Setelah
berumur 9 tahun beliau sudah dapat menghafal Al-Quran.
Bila
ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani,
seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada
mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia
hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun
setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan,
beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang
merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya.Apabila Imam
Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya
mengajar disitu!
Imam
Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau pernah berguru dengan
Mas’ab bin Zubair seorang penyair terkenal.Dalam masa 3 bulan saja,
Imam syafie mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail.
Pernah suatu kali Imam Syafie memasuki pertandingan syair atas desakan
kawan-kawannya, lalu mengalahkan gurunya Mas'ab pula.
Imam
Syafie berguru pula dengan Imam Sufian Ainiah dalam ilmu hadis sehingga
menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh gurunya
untuk mengajar menggantikannya sewaktu ketiadaannya.
Selepas
itu Imam Syafie berguru pula dengan Imam Muslim al-Zanji dalam bidang
Feqah pula.Akhirnya dia diakui oleh gurunya dan dibenarkan mengajar
serta memberikan fatwa pula.Namun Imam Syafie masih merasakan kurang
ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan menghafal Kitab Muwatta’
yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas pula.
Imam
Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan bermain senjata dengan
gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera.Selepas itu Imam Syafie
terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Imam
Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari
dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16
kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu
menjawat jawatan Mufti Kota Madinah.Imam Syafie belajar dari Imam Malik
selama 8 bulan.
Selepas
itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid
Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof.Beliau telah
menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja
telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid
mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk
menghafalnya.
Imam
Syafie juga belajar ilmu firasat dengan Maulana Arif di Yaman. Di Yaman
beliau berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan Khalifah
Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.
Semasa
di Najran, Imam Syafie difitnah oleh Gabenor as-Saud iaitu Gabenor
Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut rakyat untuk memusuhi dan
menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun
ar-Rashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak muridnya
telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai .Mereka juga dipaksa
berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.
Walau
bagaimanapun dengan izin Allah swt Imam Syafie terlepas dari hukuman
oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal.
Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafie, yang membuatkan
hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona ialah Firman ALLAH
swt dari Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud :
“Hai
orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasiq yang membawa
suatu berita,periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu
musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan
kamu menyesal atas perbuatanmu itu”
Itulah
diantara liku-liku perjalanan yang ditempuh oleh Imam Syafie dalam
menuntut ilmu. Banyak lagi guru dan tempat beliau belajar yang tidak
dinyatakan disini. Beliau sangat menyintai ilmu. Pernah suatu masa Imam
Malik memuji beliau dengan berkata :
“Sekiranya ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah orangnya!”
sambil merujuk kepada Imam Syafie. Berkaitan dengan kegunaan ilmu pula Imam Syafie pernah berkata:
“Sesiapa
yang mempelajari Quran, besar harga dirinya.Siapa yang mempelajari
hadis, tinggi martabatnya.Siapa yang mempelajari bahasa,lembut
hatinya.Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa
yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”.
Oleh
kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu, jadi tidak
hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa hayatnya.
Imam
Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun
204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam sewaktu berumur 54
tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani
Zaharah.
Semasa
Abu Ali al-Hasan menjadi perdana menteri Iraq, beliau telah mengarahkan
ketua tentera Mesir Badr bin Abdullah menggali dan memindahkan kubur
Imam Syafie ke Baghdad. Setelah digali mereka menemui batu bata yang
tersusun membentengi liang lahad Imam Syafie. Selepas mereka memecahkan
batu-bata itu, mereka amat terkejut kerana tercium bau yang sangat harum
dari dalam liang lahad itu malah ada beberapa orang dari mereka yang
pengsan. Bila perkara ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu,
maka beliau pun membatalkan terus usaha memindahkan kubur itu. Pada
tahun 608 Hijrah, sebuah Kubah telah dibina .Tidak lama kemudian sebuah
masjid didirikan disitu dengan nama Masjid Imam Syafie. Makam Ulama
hebat ini terus dikunjungi orang ramai hingga kini.
Jika ingin Mendownload artikel ini sila klik link ini
Tag :
agama
2 Comments for "LATAR BELAKANG DAN RIWAYAT HIDUP IMAM SYAFIE"
menarik untuk di kongsi oleh seluruh penduduk nusantara....mohon sahare
walaupun terlalu panjang, tapi entri ni wajib baca...