Tindakan ketika dan selepas banjir


Sumber dari google
Melihat musibah yang melanda di negeri pantai timur sekarang ini, saya terpanggil untuk membuat entri ini berkenaan  tips-tips ketika dan selepas banjir.

Berikut beberapa tindakan yang dicadangkan :

Di dalam rumah




  • Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
  • Bawa masuk perabut dari luar rumah
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas
  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
  • Ikut laluan yang ditentukan

Sumber dari google

Di luar rumah


  • Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan
  • Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat
  • Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh
  • Jangan bersiar-siar di kawasan banjir
  • Jangan minum air yang tercemar
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat
  • Awasi kanak-kanak

Sumber dari google
Tindakan selepas banjir


  • Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan tingkap.
  • Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan
  • Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan
  • Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksa kehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya
  • Periksa paip saluran gas, wayar elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan mudah terbakar.
  • Periksa kerosakan tangki septik
  • Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam
  • Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa
  • Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya

semua gambar ehsan google




Tag : Panduan, petua, Tips
18 Comments for "Tindakan ketika dan selepas banjir"

kesian lihat mereka yg jdi mangsa banjir..syukur alhamdullilah d tmpt kita masih selamat

itu la.. kita sama2 berdoa agar mereka semua selamat..

perkongsian yang bermanfaat mengenai tindakan yang perlu dilakukan selepas banjir.. kasihan kepada semua mangsa.. semoga mereka semua bertabah..

terima kasih atas perkongsian..sedara mara ada y melalui musibah ni..

subahanallah... semoga mereka tabah menempuh dugaan ini..

kesiannye ..semoga di permudahkan urusan Allah

Perkongsian yg bermanfaat.. mudah2an kita lebih bersedia klu terjadi bencana banjir yg memburukkan spt yg terjadi ini...

bagus tips2 macam nie..ade sesetengah orang bila air mula naik mereka pun jadi panik...

Regards,
-Strider-

semoga mangsa2 banjir tabah hadapi dugaan.

tips yang sangat berguna...tadi tengok berita katanya banjir di negeri2 yang terlibat sudah beransur pulih...semakin membaik...semoga mereka tabah menghadapi ujian ini...

amin...terima kasih singgah ke sini..

betul tu bang.. jadikan pengalaman ini suatu pengajaran utk mase hadapan..

amin.. itu yg kita doakan.. semoga keadaan bertambah baik...

Bagi yang tak kena banjir, elok juga baca, apa salahnya

betul tu..ini adalah pengetahuan am..

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top