Makin ramai jadi "Pakar" MH17

kehilangan MH370, MH17 terhempas, perkampungan Grabovo, sempadan Ukraine dan Rusia,

Ya Allah begitu besar ujian-Mu buat kami rakyat Malaysia. Berita kehilangan MH370 belum selesai kini dikejutkan dengan berita MH17 terhempas di berdekatan perkampungan Grabovo sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Ujian ini sangat mencabar kesabaran dan keimanan kita pada tahun ini. Semuanya ini memerlukan kekuatan iman dan ketenangan hati bagi mengharungi dugaan ini. Buat kita semua marilah pada bulan baik, bulan mulia ini perbanyakkan memohon kepada Allah agar memberi keselamatan dan kesejahteraan untuk negara kita. Buat ahli keluarga pesawat MH17, kuatkan semangat dan redha pemergian mereka.

kehilangan MH370, MH17 terhempas, perkampungan Grabovo, sempadan Ukraine dan Rusia,

Dan buat "Keyboard Warrior" a.k.a Pakar segala benda, Tolong henti kan segala fitnah dan spekulasi bagi menjaga hati keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH17, Dah mula ramai pakar kaji nombor, pakar kaji sejarah dan segala pakar mula bertaburan di media sosial. Di bulan mulia ini, apa yang seharausnya kita buat adalah, berdoa agar Allah permudahkan segala nya. Marilah kita sama-sama berdoa yang terbaik, walaupun mereka bukan kenalan atau saudara mara kita.

‪‪#‎Salam20ramadhan‬ #‎PrayforMH17‬ ‪#‎AlFatihah‬ kepada mangsa yg Muslim & salam takziah kepada yg Non Muslim.
Tag : Berita
6 Comments for "Makin ramai jadi "Pakar" MH17"

Kalau tak tahu, lebih baik diam. bercakap semua ikut sedap mulut dan tangan menaip je. :)

Biasalah tu mmg ada je pakar2 analisis yg tak bertauliah tumbuh bak cendawan kat media sosial. Mereka ni mmg tak ada keje lain nak dibuat agaknya.

Bila nak mengejar rating menjadi matlamat utama, segala sensitiviti pun tak dipedulikan... Takziah buat keluarga mangsa... semoga diberi ketabahan kpd mereka semua utk menghadapi tragedi yg mendukakan ini.. Al Fatihah kpd mangsa yg beragama Islam. Al Fatihah... aamiin.

dulu masa MH370 pon ada publish artikel. tapi bila maklumat tak berapa pasti xjadi. biar la pihak yang mendapat sumber yang betul2 sah yang share. yang mh17 ni pon sama. Jangan la buat sebarang spekulasi sendiri tanpa usul periksa, kesian kepada ahli keluarga mangsa. :(

betui broo setuju...xda perkataan lain lebih tepat selain setuju bulat2 kata-kata lu broo

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top