Demam micro jigging di malaysia

Dah lama saya nak buat entri tentang hobi memancing. Ini baru ada kesempatan. Ada ke rakan-rakan saya disini yang meminati hobi memancing ini? Hari ini saya nak share sedikit info tentang hobi yang paling saya minat ini. Tajuk pertama yang saya nak share hari ini, Demam Micro Jigging Malaysia. 

Shimano ocea jigger reel , jig mirco, light jigging
Micro Jigging

Apa itu Micro jigging?
Micro jigging (MJ) satu teknik pancingan yang menggunakan kepingan besi sebagai umpannya. Besi tersebut menyerupai bentuk ikan dan lazimnya kepingan micro jig bermula dari berat sekitar 3g hingga 30g.

Apakah setup asas yang disarankan ?

Rod 
  • Rod yang digunakan adalah dari PE 0.6 hingga ke PE 1.0/1.5
  • Kebiasaan rod MJ mempunyai blank yang halus serta sensitif di bahagian hadapan, ini bagi memudahkan anda untuk mengaksikan jig dgn lebih perlahan dan natural serta ianya mudah mengesan getuan ketika jig anda di serang ikan.
Contoh Rod Jigging

Reel
  • Reel Spining adalah yang paling mudah digunakan, bermula dari saiz 1000 - 2500 (ratio yang dicadangkan : 5.1 keatas)
  • Baitcaster / BC juga boleh digunakan dan ianya lebih praktikal kerana ianya lebih mudah mengesan jig anda sampai ke dasar. (ratio yang dicadangkan : 7.1 / 80cm per crank and above)
Contoh Reel Jigging

Line
  • Line yang biasa digunakan adalah diantara 0.6lb hingga 10lb
  • Breaded line (tali benang) adalah pilihan yang paling tepat kerana ianya 0% regangan dan lebih kuat berbanding mono line (tali tangsi), sensitivity getuan ikan yang lebih tinggi serta aksi jig akan lebih natural kerana ianya lebih ringan berbanding mono line.
Shockleader 
  • Shockleader yang biasa digunakan adalah diantara 10lb hingga 20lb
  • Shockleader adalah wajib disambungkan kerana breded line yang digunakan 0% regangan serta ianya mudah terhakis (berbulu) oleh kerana itu shockleader bertindak menyerap segala regangan serta menjadi pelindung tali breaded dari terhakis ketika ikan cuba berenang ke struktur batu, kayu dan sebagainya.
cara ikat assist hook untuk jig , ima genpeki, jig sense , jig strom
Contoh kepingan jig

Tips Ringkas
  • Rod khas yang dicipta bagi teknik ini adalah lebih disarankan kerana ia lebih sensitif dan ringan berbanding rod lain
  • Reel ber ratio tinggi adalah yang lebih praktikal, ianya kerana secara teknikal anda tidak perlu mengarau reel anda dengan laju( jika perlu ) cukup sekadar karuan sederhana jig anda sudah pun beraksi pantas dan dengan karauan santai jig anda sudah pun beraksi natural. Berbanding jika anda mengunakan reel yang beratio rendah, anda harus mengarau reel anda dengan laju secara teknikal (jika perlu) bagi mendapatkan kelajuan yg anda mahukan.
  • Mainline yang halus semakin berkesan kerana tali yang halus secara logic akan lebih ringan dan secara automatic jig anda mudah tengelam kedasar, sensitif mengesan getuan ikan, aksi jig lebih natural. Namun setting drag pada reel anda haruslah menepati kekuatan yg sepatutnya, jika tidak ianya akan mudah putus.
  • Jig yang berpemukaan hologram (berkilat) serta lebar adalah lebih baik kerana pantulan cahaya lebih mudah menebusi penglihatan ikan ketika didalam air berbanding warna.
Sumber info mikro jig ini adalah dari sahabat saya, saudara Indra Irwan Ismail
9 Comments for "Demam micro jigging di malaysia"

Thanks kongsi info.. tapi rasa macam tak cukup dengan sekadar membaca.. kalau nak join trip boleh tak.. boleh timba ilmu lebih sket huhu :D

Klu dah minat mmg pasti tahu semua ni..mmg feel lah, sbb tu dipanggil 'demam'.. menarik.. :)

betul tu.. jom komplot satu trip untuk geng blogger.. ^_^

saya ni dah sampai tahap demam gigil dah nie... hehehehe.. ^_^

Jom abg din.. kita buat satu trip mancing.. ^_^

baru-baru ini saya ade ikut kawan saya pergi memancing..terkejut gak saya bila tengok umpan yang dia pakai..rupanya skunk memang ramai orang pakai umpan plastik nie ehh..nmpak sangat dah lama tak ikut orang memancing..heheheh

Regards,
-Strider-

saya ada silvermax2. ble x pakai ni utk main microjig.

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top