Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2014

Hebahan Maklumat
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014

Bagi mereka yang berminat , Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

Keterangan Program :
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.


Syarat syarat asas kelayakan :
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang ( gred cemerlang A+, A dan A- ) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: Bahasa Melayu dan Sejarah.
  • Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
  • Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).


Bidang Pengkhususan yang ditawarkan :


Cara Memohon :

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm mulai 10 Mac 2014.
  • Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
  • Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.  
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Download manual panduan memohon bagi memudahkan proses permohonan : Klik Sini  
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 MAC 2014 (11:59 MALAM)

Sebarang pertanyan berkaitan permohonan boleh hubungi di alamat dibawah:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200
PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA 
(u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
No. Telefon : 03-8312 6731/6720/6733/6769/6723

Bagi adik adik yang berminat nak jadi guru, apa lagi, rebut lah peluang memohon Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ini. Semoga anda berjaya.. 


3 Comments for "Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2014"

Perkongsian yg bermanfaat & amat membantu kpd yg memerlukan maklumatnya..

Good sharing MC. Good luck untuk semua yang layak...

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top