Tips musim panas / kemarau


Rata-rata kebanyakan diseluruh malaysia sekarang ini dilanda musim kemarau iaitu musim panas. Ada mencatat suhu sehingga 34-36 darjah Celsius. Hampir setiap malam ada sahaja berita di televison keluar tentang paras air di empangan yang turun mendadak. Kesian pula mendengar nya sampai ada sesetengah tempat sudah mula terpaksa mencatu bekalan air.

Faktor kemarau ini juga boleh mengundang kebakaran berlaku.Beberapa faktor yang menyebabkan kejadian ini mudah berlaku seperti pancaran kilat, faktor manusia seperti pembakaran terbuka , puntung rokok yang dibuang merata-rata tempat dan lain-lain lagi. Ini bukan sahaja boleh merosakan hutan hujan semulajadi kita, malah boleh mengundang gejala jerubu berulang kembali.

Oleh yang demikian saya ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk diamalkan semasa musim panas / kemarau ini.

Tips untuk musim panas / kemarau.

  • Perbanyakkan minum air bagi mengelakkan hidrasi.
  • Menghadkan aktiviti luaran seperti bersukan dalam keadaan cuaca panas terik.
  • Memakai alat perlindungan bagi mengurangkan pancaran terus sinaran matahari  seperti memakai payung dan topi
  • Memakai krim ( losyen ) pelindung kulit.
  • Elakan melakukan pembakaran terbuka.

Tag : petua, Tips
18 Comments for "Tips musim panas / kemarau"

betul tu.. mlm nak tido pun still panas.. even buka kipas paling laju..kena byk minum air masak..

memang kena banyak minum air musim panas ni...

Memang sekarang ni extreme panas dia..kena minum air kosong banyak-banyak dan elakkan berada di luar office ke rumah ke kalau tak perlu...

Musim panas ni sampai rumput laman rumah pun dah naik kering.. terpaksa siram pulak mcm rumput kat padang golf tu.. adoii.. Mmg panas sgt di tempat saya ni.. t kasih diatas perkongsian ini MC.. :)

bahaya kan musim camni... senang sakit.... minum air byk2

panas sekarang..sampai buka baju di merata tempat....thanks

memang pun.. mlm pun panas sekarang ini.. :-)

btl tu.. sy pun minum air minerel sekurang2 sebotol 1.5liter sehari.. :-)

itu la.. aritu lalu di padang MPTI dekat sini..pekerja mereka siram padang rumput waktu malam pakai lori tangki air.. sama-sama tuan khir.. :-)

itu la.. paling mudah kena sakit tekak.. :-)

buka baju dalam rumah je abg din.. jgn ler kat luar rumah ye.. ;-)

Aima dah 4minggu batuk xsudah2 ni. Entah bila nk clear tekak ni pun xtau la. Anyway terima kasih share panduan ni

itu la.. nak tambah sikit tips, kurang kan minum air berais, perbanyak kan minum air kosong dan jus buah-buahan, bg hilangkan panas dalam badan.. ok :-)

panas sgt skg..hujung minggu lebih suka memerap kat rumah je..nak keluar pon malas...

thanks for the tips bro..musim2 camni memang aku minm banyak air..kalau tak tekak rasa kering jer...

Regards,
-Strider-

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top