Aquascaping - Kebun dalam air

Malaysian Prize Winner in
INTERNATIONAL AQUATIC PLANTS LAYOUT CONTEST 2013

Anda pernah dengar tentang Aquascaping?
Hari ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang salah satu hobi saya di masa lapang. Kebun dalam air

Maksud Aquascaping.

Aquascaping adalah seni mengatur tumbuhan akuatik, dan juga struktur batu-batu, pasir, atau kayu hanyut, dengan cara yang tersendiri di dalam sesuatu bekas atau kebiasaan nya di dalam akuarium. Saya lebih suka mengelarkan ia sebagai Taman dalam air atau kebun dalam air.

Terdapat pelbagai reka bentuk yang biasa digunakan  dalam seni Aquascaping ini. Berikut adalah diantara nya.


  • Dutch Style


Design ini sebenarnya amat popular kerana ianya mengabungkan pelbagai jenis tumbuhan yang yang berlainan warna daun, saiz, dan tekstur untuk ditunjukkan seperti ianya seakan-akan ianya sebuah taman bunga.
Dutch style Design ( sumber : google image )
  • Nature Style
Design ini merupakan gaya semulajadi atau gaya Jepun, yang diperkenalkan pada tahun 1990-an oleh pereka aquascape terkenal Takashi Amano. Ketelitian dan gaya yang sangat terperici diterapkan didalam rekabentuk ini. 
Nature Style Design by Takashi Amano( sumber : google image )

  • Jungle Style
Ramai yang beranggapan rekabentuk gaya hutan ini mirip dengan design dutch dan nature style. Ya,saya tidak menafikan tetapi ianya lebih berkonsepkan gaya hidupan semulajadi yang tumbuh meliar, Ala senang cakap sebijik macam dalam hutan la jika kita lihat.
Jungle Style Design ( sumber : google image )
  • Biotopes
Reka bentuk ini kebiasaan nya lebih kepada impak visual yang diingini, tanpa mengambil kira asal geografi. Biotope aquascape direka dengan cara membuat betul-betul rupabentuk habitat akuatik di lokasi geografi tertentu, dan tidak semestinya untuk menyediakan taman seperti kebiasaan. Dengan kata mudah, meniru gaya habitat atau tempat asal sesuatu lokasi, sebagai contoh, lokasi dasar sungai atau gua batu.
Biosopes Design ( sumber : google image )
  • Paludariums
Paludarium design pula berkonsepkan sebahagian daripada akuarium adalah bawah air, dan bahagian selebihnya adalah di atas air. Kalau dilihat reka bentuk nya seperti gaya pulau pun ada, tapi ianya bergantung juga dengan gaya persembahan yang ingin dilakukan oleh seseorang itu.
Paladariums Design ( sumber : google image )
  • Saltwater reefs
Reka bentuk ini juga merupakan design yang sangat popular masa kini. Saltwater reefs aquascaping biasanya dibuat dengan meniru rekabentuk struktur batu karang didalam laut.Ianya merupakan satu susunan batu hidup sebagai struktur utama dan invertebrata laut yang lain dan juga alga merah seperti karang lembut (soft carol).
Saltwater Reefs Design ( sumber : google image )

Itu la serba sedikit pengenalan bagi Aquascaping dari saya. Saya akan terbit kan post ini secara bersiri selepas ini, dan akan berkongsi projek aquascaping di post entri yang akan datang. Diharap jika sesiapa ada yang ingin berkongsi minat yang sama, mari la kita sama-sama berbincang disini ya. terima kasih.

Sumber
http://www.adana.com.my/
http://en.wikipedia.org/wiki/Aquascaping
7 Comments for "Aquascaping - Kebun dalam air"

Menarik ni MC.. t kasih diatas perkongsian.. :)

Yang jungle style tu smart... serius smart... feel habes

ya btl tu.. memang sebiji mcm dalam hutan kan.. :-)

huaaaa :o
qila takpernah dengar ni serious. Cantik sangat and kreatif and wow!!!
Hehehhehe thanks sharee :D :D :Dheee

qila boleh search di google dgn kata carian aquascape atau aquascaping, nak nak video di youtube pun boleh, banyak lagi design yg menarik kita boleh lihat..ok :-)

wah, cantik sungguh
teringin pulak nak ada satu kat rumah

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top