Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) Online


Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP

adalah skim yang menyediakan bantuan kewangan secara sekali gus (one-off) mengikut kadar yang ditetapkan bagi menampung perbelanjaan persekolahan pelajar dari kalangan pelajar berpendapatan rendah dan sederhana. Skim ini juga berperanan dalam membantu memberi galakan kepada pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik mereka.

Ada tiga kategori skim yang disediakan :-


  • Skim Bantuan Persekolahan Rendah - (SBP - R)


SBP-R disasarkan kepada pelajar sekolah rendah bermula dari tahun 1 hingga ke tahun 6. Meraka akan diberikan bantuan secara "one-off" sehingga RM 300.00


  • Skim Bantuan Persekolahan Menengah - (SBP - M)


SBP-M disasarkan kepada pelajar sekolah menengah bermula dari Tingkatan 1 hingga ke pelajar Tingkatan 5. Mereka akan diberi bantuan secara "one-off" sehingga RM 500.00


  • Skim Bantuan Persekolahan Insentif - (SBP - I)


SBP-I melibatkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan juga pelajar - pelajar miskin. Mereka akan diberi pembiayaan bantuan secara "one-off" sebanyak RM 50.00 hingga RM 200.00 sebagai insentif di atas kecemerlangan mereka

Anda boleh melayari link dibawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat-syarat kelayakkan dan untuk memuat turun ( download ) borang permohonan.

http://www.ypm.org.my/index.php/2012-01-13-09-13-59/2012-07-10-06-17-04/skim-bantuan-pendidikan-rendah-sbp-r

Permohonan terbuka sepanjang tahun. Borang Permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen - dokumen yang diperlukan hendaklah dikemukakan melalui pihak sekolah kepada

Yayasan Pelajaran MARA dialamat berikut :


Seksyen Bantuan Persekolahan,
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Harap maklum bahawa Borang Permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diproses dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dimaklumkan. Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada keputusan Pengurusan YPM.
12 Comments for "Skim Bantuan Persekolahan YPM (SBP) Online"

eh saya baru tahun bantuan ni
terima kasih share info ni ye

A ah baru tahu pasal ni..thanks sharing ye

bagus jgk la ada bantuan cenggini.. licha xd anak lagi.. hihi

bagusla ada bantuan camni time semua rege naik ni...

Perkongsian yg sgt baik. Mudah2an membantu mereka yg layak & memerlukan...

alhamdulilah bagus bantuan seperti ini..mudah-mudahan membantu yang layak mendapatkannya

di kala kos sara hidup yang makin meningkat bantuan2 mcam nie amat berguna kepada mereka yang memerlukan...alhamdulillah masih ada yang prihatin tentang kebajikkan orang miskin...

Regards,
-Strider-

Baguslah ada intensif untuk mereka-mereka yang memerlukan!!!

Tak sempat nak dapat dah habis sekolah T_T

Hikhok. Teachers blh apply dok? Haha..

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top