Terpanggil teman untuk membuat satu posting tips untuk mengelak kemalangan jalan raya, setelah melihat insiden kemalangan jalan raya yang membabitkan bas persiaran yang terhumban ke dalam gaung di KM3, Jalan Genting Highlands menghala Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tanggal 21 Ogos 2013. untuk melihat berita penuh sila lawati http://www.astroawani.com/news/show/bas-persiaran-terhumban-37-disahkan-maut-20776
- Rancang perjalanan. Fikirkan tempat yang hendak dituju, laluan yang diambil. Jika jalan itu tidak pernah dilalui, memandu dengan lebih berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada setiap kenderaan dan lalu lalang di sepanjang perjalanan.
- Sentiasa memeriksa keaadan kenderaan, terutama tayar, brek-brek, pelincir dan periksa juga aras cecair radiator.
- Pastikan badan sihat. Jika rasa kurang sihat, seperti demam selsema, jangan memandu. Ia boleh menjejaskan konsentrasi dan membuat kita hilang pedoman.
- Memandu dengan kelajuan yang selamat. Jika terlalu laju menyebabkan sukar mengawal kenderaan bila berlaku kecemasan. Terlalu perlahan pula boleh menyusahkan orang lain.
- Tumpukan perhatian pada keadaan jalan, kenderaan di hadapan dan di belakang. Pastikan jarak antara kenderaan tidak terlalu dekat sehingga tidak dapat megelak jika kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.
- Jangan berhenti di lebuhraya walaupun seminit. Jika kenderaan rosak, letak kenderaan di tepi penghadang jalan dan kita keluar ke tepi lebuhraya. Jangan sekali-kali membaik pulih sendiri kenderaan di tepi lebuhraya. Minta bantuan Plusronda.
- Jika rasa penat atau mengantuk, berhenti di tempat-tempat yang sesuai dan jauh dari kenderaan. Jika di lebuhraya, berehat di kawasan R & R. Tidur sampai hilang mengantuk. Mungkin lambat sampai ke tempat tujuan. Tapi lebih selamat bila mata dan badan segar semula.
- Sewaktu hujan atau atas jalan basah, perlahankan kenderaan dan jangan tekan brek secara mengejut. Brek secara lembut dan perlahan-lahan sehingga kenderaan berhenti.
- Jangan memotong jika tidak dapat melihat jalan di hadapan. Jika rasa was-was jangan memotong. Sabar sehingga tiada halangan dan nampak jelas, barulah memotong. Selepas memotong jangan terus pangkah masuk. Biar ada ruang banyak untuk masuk semula dan tidak mengejutkan pemandu yang dipintas.
- Tenangkan fikiran semasa memandu. Kalau merasa bosan, cuba berzikir di dalam hati atau baca ayat-ayat suci – mana yang ingat.
Tag :
Panduan
0 Comments for "Tips Elak Kemalangan"