Technical Specification Proton Suprima S 1.6 Liter Turbo Hatchback


Syarikat kereta nasional, Proton akan melancarkan model terbaru produk keluaran mereka Sabtu ini, model tersebut diramalkan versi 'hatchback' sedan Preve.

Menurut beberapa laman web kenderaan bermotor, model terbaru itu akan dikenali sebagai 'Suprima'.

Penasihat Proton yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka akan melancarkan model terbaru tersebut di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di Kuala Lumpur.

Walaupun tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai model terbaru ini, kereta berkenaan didatangkan dengan binaan dalaman yang lengkap.

Jemputan perasmian juga menunjukkan sebuah model kereta sedan lima
pintu yang dikatakan mirip reka bentuk asal kereta tersebut.

Model sedan Preve dilancarkan April tahun lepas dan didatangkan dengan tiga pilihan warna.

Ia boleh ditempah dengan model 1.6 liter turbo atau enjin bukan turbo, dan transisi manual atau automatik.


Sila klik link dibawah untuk melihat review tentang technical specification untuk Proton Preve Suprima S 1.6 Liter Turbo Hatchback ini.




Sementara itu, kita tengok gambar-gambar Proton Preve Suprima S 1.6 Liter Turbo Hatchback ini.

















3 Comments for "Technical Specification Proton Suprima S 1.6 Liter Turbo Hatchback "

Cantik juga. Built in turbo ke? Adakah kualitinya boleh dipercayai lagi?

spec yang sebenarnya belum keluar lagi.. tp dr berita yang keluar mmg spec kereta ini mempunyai kuasa turbo

info terbaru : spec suprima turbo

pakai enjin campro 1.6 turbo , 0-100 km/h in less than 10 sec , push start button , reverse camera , lotus handling . daytime running light, 205 Nm torque.

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top