Hari ini saya nak berkongsi sedikit tentang panduan pencegahan bagi mengelakkan kenderaan anda dicuri.
Tempat di mana kecurian kerap berlaku
- Tempat letak kereta awam
- Kompleks membeli-belah
- Di hadapan rumah, tepi jalan raya
- Tempat letak kereta di hotel-hotel
- Tidak dikunci
- Tiada kunci tambahan
- Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
- Meninggalkan barang berharga di motosikal
Bagaimana mencegah kecurian kereta
- Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
- Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac.
- Pastikan juga kereta sentiasa dikunci
- Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu
- Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis
- Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta Adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting')
- Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
- Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)
- Letak motosikal ditempat yang dikhaskan.
- Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya.
- Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu.
- Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri.
- Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
0 Comments for "Panduan Pencegahan Kecurian Kenderaan"