Mykad baru Mulai Januari 2012



Antara kelebihan dan penambaikan Mykad baru ini adalah :


1.   Mampu menangani masalah pemalsuan dan ketahanan serta kualitinya.

2.   Diperbuat daripada bahan ‘polycarbonate’ yang lebih tahan

3.   Menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta dilengkapi perlindungan antisalinan bagi mengelakkan pemalsuan.

4.   MyKad baru ini juga mengandungi cip yang telah diuji kualiti ketahanan di Institut Penyelidikan Industri dan Standard Malaysia (SIRIM) serta makmal-makmal semi konduktor yang diiktiraf.


Reka Bentuk Mykad terbaru:


Sumber : myMetro

KUALA LUMPUR: Bahan polikarbonat yang digunakan untuk membuat MyKad baru mampu mengatasi kelemahan kad pengenalan sebelum ini berikutan cirinya yang lasak serta tahan daripada impak cuaca.

Malah penggunaan bahan itu membuatkan penyimpanan data MyKad boleh bertahan lebih 20 tahun jika tidak terdedah kepada cahaya terik matahari secara berterusan.

Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat merangkap Ketua Kumpulan Penyelidik dan Keselamatan Maklumat (KPKM) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Ramlan Mahmod bagaimanapun berkata polikarbonat mudah calar jika terkena goresan kuat sehingga mengganggu maklumat yang disimpan dalam cip.

“Jika calar itu kecil ia tidak memberi kesan, ia hanya membabitkan kesan calar teruk sehingga mengganggu cip, oleh itu, pemilik harus menyimpan dengan baik.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya, pembaharuan MyKad itu sangat baik kerana ia dilengkapi pelbagai ciri keselamatan baru,” katanya.

Beliau berkata, memperkenalkan imej maya atau virtual image untuk mengelakkan penyalinan.

“Dengan syarat setiap cubaan untuk membuat klon hendaklah terus merosakkan cip atau istilahnya dipanggil ‘self destruct’,” katanya.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum ini memperkenalkan MyKad baru selepas menerima banyak rungutan daripada orang awam yang mendakwa MyKad yang digunakan sekarang mudah rosak.

Tag : Berita
0 Comments for "Mykad baru Mulai Januari 2012"

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top