Sekarang ini masalah jerubu sekali lagi melanda negara kita.
Indek pencemaran udara (
IPU ) terkini ( 4 mac 2014 ) menunjukan bacaan yang tertinggi adalah di kawasan
banting selangor yang menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu
132 setakat pukul 10 pagi tadi. Petang semalam di kawasan teluk intan ini memang terasa teruk nya, jarak penglihatan pun kurang. Bagi yang menunggang motor seperti saya dinasihatkan memakai alat pelindung hidung dan mulut (
face mask ) . Rasanya tengah hari ini nak pergi keluar la mencari face mask bagi mengurangkan
risiko jerubu ini. Jadi sementara itu saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai jerubu. Jom kita baca sikit.
Apa itu jerubu.
Jerubu terhasil dari zarah-zarah yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan terapung di ruangan udara. Ianya ada yang terhasil dari alam semulajadi dan juga faktor dari aktiviti harian manusia. Jerubu mampu menyekat pancaran sinaran matahari dan juga dapat mengurangkan jarak penglihatan jika ianya terkumpul dalam kuantiti yang banyak.
Indek Pencemaran Udara ( IPU )
IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan .Ianya di kira dengan mengambil sempel zarah-zarah halus (10 mikron kebawah ) dan juga beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Berikut adalah
Carta Nilai IPU.
Nilai IPU | Status |
0 - 50 | Baik |
51 - 100 | Sederhana |
101 - 200 | Tidak Sihat |
201 - 300 | Sangat Tidak Sihat |
301 - 500 | Berbahaya |
Sumber Maklumat Jerubu dari :
www.infosihat.gov.my | Klik Sini
8 Comments for "Jerubu Kembali Melanda."
semalam pon zara tgk brita.. selangor paling tjejas setakat ni. amik langkah bhati2 ngan cuaca xmntu skang ni..
menara tinggi kat kl ni semuanya nampak samar2 je... nak keluar ofis pon malas... teruk sgt jerebu..mata n tekak sakit2 je..
sama sama kita jaga kesihatan musim2 jerebu ni...
kasihannya kita umat manusia.
Yup jerebu dah kembali...harap-harap hujan yang turun renyairenyai tu mampu menckearkan sedikit udarakan ..
Jerebu ni mmg membahayakan kesihatan.. semoga kita semua sentiasa sihat... aamiin..
aku rasa every year pun kita ada masalah jerebu..cuma tahun nie lain skit sebab kebakaran hutan kat malaysia sendiri antara salah satu penyebabnya...
Regards,
-Strider-
kat sini pun dah nampak