Cara Buka Akuan Paypal ( Paypal Account )


Pada posting kali ini, teman nak menerangkan bagaimana hendak membuka akuan Paypal. Paypal adalah salah satu cara kita berurusan bagi memudahkan transaksi dengan pihak ketiga tanpa mendedahkan maklumat akaun, atau maklumat kewangan kita.Jadi ia adalah selamat untuk membuat transaksi seperti mendapatkan bayaran daripada pihak ketiga atau menghantar transaksi kepada pihak ketiga. Kebanyakan bisnis online sama ada luar negara atau dalam negara banyak menggunakan sistem paypal untuk berurusan, jadi diharap tips ini dapat membantu bagi mereka yang mencari bagaimana cara membuka akaun paypal.

1)    Kelayakan Asas
  • mempunyai alamat emel yang sah
  • kad debit bank yg mempunyai tanda" VISA" ( mana-mana bank yang mempunyai tanda visa boleh digunakan - nak senang tgk je belakang kad bank anda )
  • alamat mestilah sama dengan alamat yg anda daftar dengan bank

2)  Cara-cara buka akaun Paypal 
  • Klik signup


  •  Klik Signup pada personal akuan
  • Isikan semua maklumat yang diperlukan dan klik "agree and create account"
    • pastikan alamat yg diisi sama dengan alamat kad bank anda
    • nama anda Yaakob Ismail  ""first name"" isi Yaakob  ",last name " Ismail" middle name" biarkan  kosong
  • Selepas isi form semua, klik "Agree and get started", tulis no kad anda dan tunggu email untuk langkah seterusnya..rujuk gambar dibawah


  •  RM10.00 akan dipotong daripada akaun anda, tetapi anda jangan risau, dalam masa 3-7 hari dah anda akan mendapat duit kembali didalam akaun paypal..Rujuk gambar dibawah contoh pemulangan wang.


  • Setelah selesai, anda akan dapat email dari paypal, yang mengandungi 4angka rahsia. Ini adalah untuk mengesahkan debit kad anda. Cara nak confirmkan debit kad, log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia.
  • Setelah selesai semua,paypal akan email anda sama ada berjaya atau tidak,contoh kalau berjaya, seperti gambar dibawah

 ****BERGANTUNG KEPADA JENIS BANK YANG DIGUNAKAN*****

Berdasarkan kepada pengalaman, saya register menggunakan BANK RHB, untuk memudahkan anda , anda perlu register internet banking terlebih dahulu atau pergi ke mana-mana bank RHB yang berdekatan untuk mendaftar. Nak minta mereka setupkan akuan Paypal pun boleh juga.

untuk mendapatkan lebih maklumat sila klik dibawah :
pesanan iklhas : Untuk keselamatan, jangan guna akuan utama ( seperti akuan gaji anda) untuk mendaftar paypal. :-)
 selamat mencuba semua..

Jom tengok Post Menarik : Perniagaan online percuma dari rumah.

Tag : Panduan, Tips
0 Comments for "Cara Buka Akuan Paypal ( Paypal Account )"

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top