ebook percuma


Apa Itu ebook ?
 eBook adalah singkatan bagi “electronic book”. Dalam bahasa Melayu, istilah ini bermaksud buku elektronik.

Kenapa dipanggil buku elektronik ?
Kerana buku ini bukanlah buku sebenar seperti yang kita selalu tengok dan pegang. Kebiasaannya, buku elektronik dihasilkan dalam bentuk file pdf Saya pasti anda pernah membaca
sesuatu dalam format pdf.

Sesetengah penulis tidak menerbitkan buku mereka mengikut cara konvensional tetapi menerbitkan buku mereka dalam bentuk digital atau ebook. Penghasilan buku melalui kaedah ini lebih cepat dan lebih murah kosnya.

Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, yang paling penting adalah ilmu atau maklumat yang terkandung dalam buku tersebut.

Memandangkan penggunaan komputer dalam kehidupan seharian semakin meningkat, kewujudan ebook ini memudahkan masyarakat untuk mendapatkan ilmu dan maklumat dengan lebih cepat, hanya dengan membaca melalui skrin komputer mereka sahaja.

Industri ebook di Malaysia masih lagi di peringkat awal dan tidak sepopular di barat. Kalau kita lihat di barat, ebook mendapat permintaan yang tinggi dan laman popular yang menjual buku secara online seperti Amazon.com bukan sahaja menjual buku fizikal tetapi juga menjual buku dalam bentuk digital (ebook)

Disebabkan ebook mendapat permintaan yang tinggi di barat, syarikat syarikat barangan elektronik turut mengeluarkan gajet-gajet khusus untuk membaca ebook (dipanggil “ebook reader”)

Jadi selepas ini, blog MyCherita ingin berkongsi dengan anda semua koleksi ebook percuma yang pernah saya miliki dan yang terbaru dipasaran.
0 Comments for "ebook percuma"

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top