Proton Exora Bold
telah pun dilancarkan secara rasmi pada 16 Disember 2011 yang lalu. Proton
Exora Bold merupakan produk terbaik dari Proton setakat ini yang dibangunkan
sendiri. Paling jelas adalah enjinnya yang menggunakan enjin turbocharged yang
dipanggil CFE menghasilkan kuasa 138hp dan 205Nm tork sama seperti enjin 2.0
liter beraspirasi normal. Ianya juga menggunakan kotak gear CVT dengan fungsi
SAT atau Stepped Auto Transmission.
Side profilenya juga lebih menarik
dengan penambahan skirting keliling baru. Skirting sisinya mungkin carry over
dari Exora MC namun gabungan skirting bumper depan dan belakang yang baru dapat
mengubah dan memberi kesegaran baru kepada rupabentuknya. Rekaan rim baru 16
inci juga tidak mengecewakan. Bahagian belakangnya pula nampak lebih
kurang sama kecuali skirting bumper belakang yang baru dan lampu combination
dengan cover jenis smoked.
Bagi MyCherita, licence plate atau backdoor garnish
tidak perlu untuk terlalu besar cukup untuk kawasan licence plate sahaja. Juga
wiper belakang jika ‘mount’ pada cermin belakang mungkin nampak lebih ‘solid’
dan menawan seperti Grand Livina.
Banyak juga aksesori kereta mewah
seperti kerusi, stereng dan door trim balutan kulit.Konsol tengah juga match
dengan warna instrumen panel. Instrumen panel Exora amat praktikal dan OK
tetapi ‘built quality’ nampak tidak begitu baik terutamanya gap yang tidak
konsisten pada airbag cover, compartment atas dan glove box
Satu lagi
aksesori menarik pada Exora Bold adalah skrin reverse kamera yang terletak pada
center mirror dan jika kita ingat, ianya adalah sama seperti yang ada pada
model KIA Forte. Bagi admin, secara keseluruhan, Exora Bold CFE adalah satu
‘breakthrough’ teknologi untuk kereta buatan nasional dan pencapaian ini amat
membanggakan rakyat negara kita. Kita harap, dengan pengenalan teknologi
canggih sebegini, jaminan kualiti bina dalam perlulah seiring supaya dapat
meningkatkan imej Proton. Sila teruskan bacaan untuk lihat galeri Proton Exora
Bold CFE.
Harga
tentative OTR Exora Bold
Exora 1.6 standard MT -RM 59998.
Exora Bold 1.6 exe MT – RM 70998
Exora bold 1.6 exe AT – RM 74998
Exora bold 1.6 premium cvt – 79998
Prime 1.6 premium -RM 88998
Exora 1.6 standard MT -RM 59998.
Exora Bold 1.6 exe MT – RM 70998
Exora bold 1.6 exe AT – RM 74998
Exora bold 1.6 premium cvt – 79998
Prime 1.6 premium -RM 88998
Tag :
Dunia Permotoran,
Proton
0 Comments for "New Proton Exora Bold"