Bekerja dari rumah bukan lah perkara yang mustahil pada zaman sekarang. tidak kira anda seorang suri rumah, pelajar, pengangur, pekerja yang sudah pencen malah pekerja yang sedang berkerja pun boleh berkerja dari rumah untuk menambah pendapatan. Hanya dengan pengetahuan asas komputer dah talian internet anda mampu menjana pendapatan yang
anda inginkan. Jika anda sudah bersedia untuk mengubah perspektif negetif tentang perkerjaan dirumah, sila layari link dibawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Klik link dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut
Hari ini, saya ingin berkongsi cerita bagai mana seorang suri rumah mampu menjana pendapatan keluarganya hanya dari rumah. Berikut adalah testemoni ( keratan akhbar ) dari seorang ibu yang sudah berjaya berkerja dari rumah.
Berkesempatan menemubual penulis buku Jana RM Dari Rumah, Masayu Ahmad, 34, tentang panduan bekerja dari rumah mungkin mampu merungkai kemelut tersebut.Apatah lagi cerita daripada pengalaman sendiri pasti lebih mudah dihayati dan penyelesaian yang didapati juga lebih logik dan praktikal.Selepas berkahwin pada 2005, Masayu mula merancang untuk berhenti kerja dan faktor anak yang selalu sakit dan berulang-alik ke hospital menjadi titik tolak baginya untuk berhijrah.Hijrah dengan mengambil pendekatan mencari peluang bekerja dari rumah bagi menjana pendapatan.
Lalu penghujung tahun 2008 bermula karier ibu ini sebagai suri bekerja dari rumah sepenuh masa.Hakim (anak sulungnya) adalah sebab utama saya mula berfikir untuk berhenti kerja di pejabat dan bertukar haluan untuk bekerja dari rumah.Tidak banyak kumpulan sokongan pada masa itu tentang panduan bekerja dari rumah, yang ada adalah sumber di Internet dan laman sesawang dari negara-negara maju yang sudahpun terkehadapan dalam bidang ini.
Tidak sekadar itu, ketika hamil anak ke dua saya semakin nekad dengan matlamat untuk bekerja dari rumah apatah lagi dengan keadaan Hakim yang berterusan keluar masuk wad.
Tetapi waktu itu saya belum tega menghulur surat perletakan jawatan hinggalah kelahiran anak ketiga, barulah saya benar-benar memegang status wanita bekerja dari rumah.
Malangnya pandangan dan penerimaan masyarakat pada ketika itu masih belum begitu terbuka tentang status wanita bekerja dari rumah," cerita Masayu tentang titik tolak perubahan kehidupannya selepas mempunyai cahaya mata.Tidak menoleh ke belakang lagi, dia bertekad mengutip banyak maklumat bekerja dari rumah dan mula menulis tentangnya di blog dan Facebook.Dia juga berusaha mengumpul seramai mungkin rakan-rakan maya yang mempunyai tujuan yang sama, meninggalkan kerjaya dan memulakan kerja atau bisnes dari rumah.
Saya meneruskan minat dalam bidang penulisan sudah tentu tentang ibu berkerja dari rumah (WAHM) dan pejabat di rumah (SOHO).
Pada masa yang sama saya masih mengekalkan minat dalam penulisan kesihatan dan kecantikan.
Sejak bekerja dari rumah, Masayu telah menghasilkan beberapa buah buku seperti Jana RM Dari Rumah, Buat Duit Dengan Salon, Ebook Jana Wang Di Rumah dan dua lagi yang terbaru iaitu, Ebook Panduan Mula Bisnes Butik serta Ebook Super Wahm, Super Mom.Ujar Masayu, ibu bekerja yang ada niat berhenti kerja perlu melihat kembali apakah matlamat awal bekerja dari rumah kerana perancangan teliti amat penting.
Ada yang berkongsi perlu bekerja semula, setelah merasakan pendapatan bekerja dari rumah sudah tidak boleh menampung ekonomi keluarga.Bekerja semula juga terpulang apa matlamat yang ingin dicapai, sama ada sudah bosan bekerja dari rumah, atau mahu bekerja untuk mengumpul modal dan menambah pengalaman baru.Selalulah bersama dengan kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama, kenali bidang yang mahu diceburi dan teruskan untuk mendapatkan aura positif dengan bergabung bersama kumpulan mengikut kepakaran bidang.Contoh jika, kita adalah ahli tukang jahit, maka sentiasa berada dalam kumpulan ini untuk mendapat sokongan dan motivasi terutama ketika berada dalam situasi mencabar dan komitmen merudum.
Sentiasa positif dengan membaca kisah- kisah kejayaan mereka yang telah sukses, juga seminar motivasi berkaitan bisnes dan pembangunan diri," kata Masayu. Menurut Masayu, suri rumah yang bekerja dari rumah mengadu tidak dapat fokus membuat kerja kerana gangguan anak-anak kecil.
Ada beberapa artikel yang saya tulis dalam buku Jana RM Dari Rumah, saya kongsi beberapa penemuan terbaru saya untuk mengelakkan anak-anak menganggu ketika bekerja.Jadi selepas ini, tiada alasan lagi untuk tidak mampu menangani anak-anak di rumah. Masa bersama anak-anak adalah rezeki yang patut digunakan sepenuhnya, kerana tidak ramai wanita bekerjaya berpeluang bersama anak-anak 24 jam, 7 hari seminggu dan 12 bulan setahun.Bagaimanapun mungkin ada sesetengah pihak mempersoalkan tentang profesionalisme mereka yang bekerja dari rumah. Untuk mengelakkan tersebut, maka ibu perlu menganalisis beberapa perkara.
Pertama, siapkan segala kerja rumah tangga sebelum anak-anak kecil bangun dari tidur. Kemudian tetapkan temu janji untuk menelefon pelanggan atau majikan ketika anak-anak tidur atau ketika mereka sedang asyik dengan aktiviti.
Tentukan masa dari awal untuk menelefon dan menerima panggilan. Letak jauh telefon untuk kegunaan kerja atau bisnes dari gangguan anak-anak kecil." - NOOR FAZRINA KAMAL - artikel dari UTUSAN
Panduan Jana Wang Di Rumah Untuk Wanita!
Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!
Buat Duit Dari Rumah!
Rahsia Suri Rumah Bekerjaya! Klik Disini!
Buat Duit Dari Rumah!
1 Comments for "Panduan bagi suri rumah yang ingin menjana pendapatan dari rumah."
Salam perkenalan ini pertama kali saya singgah di blog ini .very informative memandangkan saya baru menceburkan diri bekerja dari rumah.Jemput datang blog saya k.Semoga terjalik ukhwah