Kenali ketokohan Imam Syafie

IMAM Syafie merupakan tokoh ulama yang sangat terkenal di dunia pengajian Islam. Kemasyhuran beliau dalam pengembangan ilmuwan fikah menyebabkan wujud sebuah mazhab selepas menerima sambutan oleh umat Islam serata dunia termasuk dunia nusantara Melayu.
Beliau adalah antara nama besar yang sangat berjasa kepada dunia Islam. Malah ketinggian ilmu melebihi pujian yang diucapkan kepadanya. Selain penguasaan ilmunya disegani kawan dan lawan.
Namun, masih ramai penganut mazhab Syafie yang tidak mengetahui keperibadian hebatnya.
Justeru, bagi mengajak untuk mengenali tokoh ulama itu, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. menerbitkan sebuah buku bertajuk Mengenali Imam Asy-Syafi'i.



Buku itu ditulis oleh Umar Muhammad Noor dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat agar sama-sama mengangkat martabat Islam dengan menghayati sejarah, pengorbanan dan teladan yang ditonjolkan oleh ilmuwan itu.
Sesungguhnya ilmu Imam Syafie dapat diumpamakan seperti lautan yang sangat luas dan mendalam di mana di dalamnya terdapat pelbagai mutiara yang masih belum tersentuh oleh tangan manusia sehingga ke hari ini.
Imam Syafie memiliki banyak sifat terpuji dalam dirinya sehingga beliau adalah digambarkan sebagai cerminan hadis-hadis Nabi SAW dan akhlak para ulama.


Bahkan beliau terkenal dengan sifat dermawan kerana tidak pernah menyimpan harta tetapi selalu membahagikannya kepada setiap orang yang memerlukan.
Buku ini wajib dimiliki kerana mengupas peribadi Imam Syafie sejak kelahiran hingga meninggal dunia dengan diketengahkan kehebatan akhlak, ketinggian peribadi dan kesungguhan beliau terhadap ilmu.
Selain itu, buku berharga RM14 itu juga dipenuhi dengan kata-kata motivasi dan nasihat ke arah transformasi diri serta menyentuh beberapa asas penting dalam mazhab Syafie. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.telagabiru.net.my atau hubungi 03-6275 4070.




Tag : agama
0 Comments for "Kenali ketokohan Imam Syafie"

TOP 8 MONTHLY POPULAR POSTS

Back To Top